eBook Percuma Khas Untuk Anda!
makeup-muslimah-wanita-cantik-kelas-grooming-makeup-mekap-solekan
Dapatkan segera video tutorial percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama:
Email:
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
talent-model-muslimah-wanita-islam-cantik-produk-beauty-muslimah

Ramai yang ingin bergelar peragawati atau model, namun tidak semua mempunyai bakat atau menepati syarat-syarat bentuk badan, ketinggian dan berat badan yang ideal sebagai seorang model versatil.

Pun begitu, peluang bergelar model tidak hanya terikat pada model peragaan pentas fesyen sahaja, yang disifatkan mempunyai kriteria lebih ketat.

Sebaliknya, peluang sebagai model iklan, model majalah serta model Muslimah, turut memberi ruang buat golongan wanita untuk menyerlah dalam kerjaya berkenaan.

Kebanjiran pereka fesyen dan jenama Muslimah bukan sahaja berlaku di negara ini malah pada peringkat antarabangsa, yang sedikit sebanyak memberi peluang kepada golongan wanita berhijab menonjolkan diri.

Biarpun fenomena itu baharu sahaja bertapak dalam industri fesyen, dapat dilihat kemunculan model Muslimah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Syarat-syarat seperti ketinggian badan minimum 176 sentimeter bukan lagi ukuran untuk bergelar model.

Pun begitu, sejauh manakah model Muslimah di negara ini mampu untuk terus menempatkan diri dalam dunia peragaan di pentas-pentas peragaan fesyen yang besar dan berprestij.

Ini memandangkan model tempatan tidak berhijab serta model antarabangsa lebih memenuhi kriteria pihak penganjur walaupun ketika menggayakan busana Muslimah yang memerlukan pemakaian hijab.

Model popular yang telah bergiat dalam dunia peragaan sejak lebih tujuh tahun lalu, Engku Sulwani Engku Ismail, 27, menyifatkan penerimaan model berhijab dalam dunia fesyen semakin luas terbuka sama ada dalam mahu pun luar negara.

Menurut model berasal dari Kelantan itu, model Muslimah tidak perlu terlalu memikirkan ketidaksempurnaan fizikal, sebaliknya percaya pada kemampuan diri serta bijak merebut peluang mampu membawa seseorang model itu pada peringkat yang lebih tinggi.

Tambahnya, kehadiran model Muslimah sebagai memeriahkan dunia fesyen, namun mereka perlu mengetahui batas-batas agama agar tidak tampil keterlaluan, selain perlu menjaga batas pergaulan kerana tindakan itu melambangkan imej wanita Islam.

“Model Muslimah tidak seperti dahulu lagi kerana mereka sudah diterima oleh masyarakat, malah penampilan yang cantik mampu mempengaruhi golongan wanita lain untuk sama-sama bijak dalam menggayakan sesuatu pakaian. Ini merupakan perubahan yang positif buat wanita.

“Selain itu, model Muslimah juga perlu bersaing secara sihat dengan model-model tidak berhijab. Gaya, personaliti dan perwatakan diri amat penting bagi membezakan anda dengan model lain agar anda lebih mudah bersinar,” katanya yang juga salah seorang tenaga pengajar untuk kelas latihan peragawati serta speaker motivasi di sebuah institut pengajian tinggi (IPT).

Engku Sulwani tidak menolak kemungkinan model Muslimah di negara ini mampu bersinar di pentas antarabangsa dengan mengambil contoh model berhijab terkenal kelahiran Kenya, Halima Aden yang mengikat kontrak bersama agensi peragaan terbesar dunia, IMG Worldwide.

Katanya, apa yang penting model berhijab perlu menyerlahkan diri mereka dalam bidang yang diceburi.

Dia yang gemar mengadakan kolaborasi bersama pelbagai jenama dan agensi peragaan untuk mengadakan penggambaran di luar negara antaranya di Britain, Perancis, Korea, Belgium dan Jepun, mengakui, model berhijab merupakan ‘duta’ yang memperkenal imej sopan kepada masyarakat bukan Islam.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata, Sharifah Husna Syed Mustaffa, 30, memilih untuk bergelar model Muslimah sepenuh masa kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pemilik butik.

Akuinya, bergelar model Muslimah membawa tanggungjawab besar, yang bukan sekadar memperaga busana, malah perlu menjaga penampilan dan menunjukkan imej yang baik kepada masyarakat.

Dia tidak menafikan, bukan semua model Muslimah mempunyai pengalaman beraksi di pentas peragaan besar memandangkan kebanyakan mereka tidak mempunyai kriteria yang diinginkan oleh penganjur.

Namun jelas Sharifah Husna, mereka perlu berusaha untuk menempatkan diri dalam arena itu sebagai satu ruang untuk mencabar potensi diri.

“Sebagai seorang model, kita perlu mengikut aliran masa dari segi teknik peragaan dan cara kita mengayakan pakaian.

“Kita perlu bekerja secara profesional dan paling penting menjaga disiplin terutama dalam hal menepati masa,” ujarnya yang yakin model Muslimah akan terus relevan dalam dunia peragaan.

Masa depan model Muslimah masih cerah jika model bijak merebut peluang, tidak hanya mengharapkan pada penyertaan di pentas peragaan prestij dan antarabangsa sahaja.

Presiden Bumiputra Designers Associations (BDA), Mahani Awang berkata, cukup dengan cuba menempatkan dengan jenama-jenama fesyen popular antarabangsa tidak kira untuk kelas pertengahan mahupun jalanan, memandangkan syarikat-syarikat terbabit ketika ini turut menumpukan koleksi pakaian sopan.

“Jika mengikut kriteria model antarabangsa memang sangat ketat ciri-ciri yang dikehendaki dengan saiz yang ditetapkan. Sebab itu jika kita lihat, untuk pentas peragaan besar mereka menggunakan model yang menepati ciri-ciri berkenaan sekalipun untuk busana Muslimah, kerana itu strategi pemasaran.

“Model Muslimah pula kita boleh lihat hanya mewakili jenama-jenama butik tertentu, namun itu bukan halangan untuk mereka menempa nama di pentas peragaan satu masa nanti,” jelasnya yang menyifatkan kebanjiran model Muslimah memberi gambaran fesyen Islam semakin diterima masyarakat antarabangsa.

Utusan Malaysia

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *