PANDUAN PERCUMA MODEL MUSLIMAH

video-beauty-muslimah-tutorial-percuma-makeup-ringkas

 

Sila isi maklumat di bawah untuk mendapat ebook Panduan Percuma Persediaan skill dan keperluan asas utama bidang Model Muslimah. Join group whatsapp di bawah untuk mendapatkannya dengan segera.

Name
Email
Whatsapp No

Email Marketing by TrafficWave.net

 

Sila semak email anda segera selepas mengisi borang diatas. Terima kasih.

 

 Adakah anda tahu permintaan tinggi untuk Model Muslimah?

kelas-model-muslimah-kursus-busana-talent-wajah-bengkel-peragawati-cantik

kelas-model-muslimah-kursus-busana-talent-wajah-bengkel-peragawati-modellingmuslimah-wanita

gaya-model-posing-photografi-kelas-model-bengkel-muslimah-modelling-pencarian-talent-bakat

Kelas Model Muslimah

Adakah anda sedari bahawa pelbagai produk memerlukan model talent Muslimah untuk tujuan pemasaran. Ianya bukanlah satu perkara baru penggunaan model talent muslimah sebagai salah satu tarikan kepada sesuatu produk. Sebagai contoh- contoh yang anda, model talent muslimah diperlukan di dalam pemasaran produk seperti tudung, baju, busana, produk kecantikan, produk penurunan berat badan, produk keluarga dan pelbagai lagi. Oleh itu, mengapa tidak mengambil peluang untuk berkecimpung di dalam industri ini? Adakah anda seorang yang :

  • Ingin melibatkan diri  di dalam peragaan?
  • Ingin mencari kelainan di dalam kerjaya seharian?
  • Ingin menjadi wakil talent model produk sendiri?
  • Ingin mengembangkan bakat terpendam modelling?
  • Ingin mencari ilmu baru sebagai talent muslimah?

Apakah yang akan dipelajari di dalam Kelas Model Muslimah?

Kursus Model Talent Muslimah adalah merupakan platform terbaik untuk mempelajari seluk beluk dunia peragaan sebagai model talent muslimah. Antara perkara yang anda akan pelajari ialah:

  • Pengetahuan asas model  muslimah
  • Teknik peragaan / posing
  • Teknik photoshoot/fotografi
  • Teknik pemasaran / marketing
  • Sokongan whatsapp group support
  • Siapakah yang sesuai hadir ke Kelas Model Muslimah?

Siapakah yang boleh hadiri kursus talent model muslimah ini? Ianya adalah sesuai untuk wanita berusia antara 18- 45 tahun.

  • Pelajar
  • Surirumah
  • Kakitangan kerajaan
  • Kakitangan swasta
  • Pemilik Produk
  • Usahawan
  • Sesiapa sahaja yang berminat.

 



 


Info Kelas Model Muslimah

febuary 2019 modelling class catwalk pose runway professional

KUALA LUMPUR/ SELANGOR
Tarikh: 24/02/2019
Hari: Ahad
Masa: 9.30 pagi – 2 petang
Tempat Kursus: Gombak, Selangor

Yuran Asal:  RM800

PROMO NOW : Hanya RM350

Untuk booking tempat anda, Deposit RM150 ke akaun bank:

Maybank account no: 562807540909
Nama Syarikat: Aridz Tech Resources

Tenaga pengajar : Agensi Modelling yang berdaftar iaitu “Inspire Within” berpengalaman lebih daripada 10 tahun.

Boleh hubungi terus urusetia:

+0105436757  Pn. Ikin 

“Kenapa anda perlu join Kelas Model Muslimah?”

“Anda didedahkan dengan ILMU WAJIB yang mesti ada dalam industri Modelling sebenar”

Silibus:

-Pendedahan/pengenalan kepada industri model muslimah.
-Persediaan WAJIB peralatan seorang model muslimah
-Keperluan skill yang diperlukan untuk menjadi model muslimah –
-Sesi pengenalan diri dan Q&A bersama tenaga pengajar
-Belajar pose sebenar menggayakan produk dalam dunia modeling
-Tips dan trick tenaga pengajar

Bonus : Sijil + Comcard

Apakah yang anda perlu sediakan?

  • Tshirt akan diberi PERCUMA
  • Skinny jeans biru/hitam
  • High heel 4 inch +
  • Tudung hitam
  • Inner baju hitam
  • Legging hitam
  • Inner tudung ninja warna hitam
  • Datang siap bermakeup

Group whatsapp penerangan

Dapatkan penerangan secara terus daripada Kelas Modelling Muslimah!

join-whatsapp-group-sekarang-whatsapp-penerangan_marketing

Klik sini untuk group whatsapp

fesyen-model-posing-photografi-kelas-model-bengkel-muslimah-modelling-pencarian-talent-bakat

kelas-model-muslimah-kursus-busana-talent-wajah-bengkel-peragawati


Apakah Hukum Menjadi Model Muslimah?

SAYA mendapat tawaran untuk menjadi model busana Muslimah sambilan untuk tujuan komersial. Bolehkah ustaz bantu saya membuat keputusan dengan menjelaskan hukum menjadi model pakaian muslimah, saya juga diminta untuk memakai alat perhiasan dan alat solek?

Jawapan:

Isu Muslimah sebagai model adalah isu yang baharu. Pada zaman Nabi SAW, perkara ini tidak berlaku. Oleh itu, bagaimana status perkara ini? Sudah tentu, terdapat pertikaian ulama dalam isu ini.

Ada beberapa pertikaian dalam perkara ini. Pertama, adakah wajah wanita itu dikira sebagai aurat. Ada pendapat menyatakan bahawa wajah wanita adalah aurat. Namun terdapat pendapat yang lebih masyhur dan diterima oleh majoriti ulama dan masyarakat bahawa wajah wanita bukanlah aurat.

Kedua, keadaan wanita yang menjadi model berjalan dengan penuh gaya sambil diperhatikan oleh lelaki-lelaki yang bukan mahram. Isu ini juga adalah isu yang mungkin mengundang keghairahan lelaki yang normal.

Namun untuk menjadi model biasa bagi mempromosi pakaian, jubah, tudung dan sebagainya akan menjadi lebih patuh syariah jika ia memelihara beberapa perkara berikut. Antaranya:

i. Pakaian yang menutup aurat. Aurat wanita adalah seluruh badan kecuali wajah dan pergelangan tangan. Juga pergelangan kaki menurut satu pendapat.

ii. Penggayaan yang tidak keterlaluan. Contohnya beraksi sebagaimana kita bergambar dalam keadaan biasa. Adapun gaya dengan melentukkan badan dan seumpamanya, ia mungkin kurang mematuhi syariah.

iii. Tidak berdua-duaan dengan jurugambar lelaki. Kadang-kadang aktiviti penggambaran hanya di antara model dan jurugambar sahaja. Ini mengundang fitnah.

Pada hemat penulis sekadar pandangan awal, jika kita mampu menjaga tiga perkara ini maka ia termasuk dalam perkara yang harus. Apapun, ia masih lagi terbuka kepada perbincangan.

Sumber: Utusan


Pencarian Model Muslimah 1

Assalamualaikum, Syarikat kami sedang mencari sesiapa yang inginkan pendapatan sampingan dan berminat untuk menjadi model bagi product photo shoot dan butik. Tidak semestinya model yang professional, model part-time atau sesiapa yang ingin mencari pengalaman dialu-alukan untuk mencuba. Bayaran boleh dibincangkan. Kriteria yang saya mahukan adalah seperti berikut: – Perempuan warganegara Malaysia berumur 21 – 35 tahun – Wajah & bentuk badan anggun – Bertudung – Boleh hadir photoshoot pada hari biasa – Boleh make-up sendiri – Serius dan komited Sila email resume anda beserta gambar ukuran passport dan ukuran penuh anda menggunakan Subject ”Model” ke srohayu71@gmail.com Terima kasih.

Pencarian Model Muslimah 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami dari team Precious Moment shop sedang mencari beberapa orang model untuk menjadi Ikon Model kami bagi menggayakan koleksi pakaian muslimah dan shawl. Jika anda memenuhi syarat-syarat yang kami cari, sila emailkan kepada kami resume anda untuk kami aturkan sesi kenal-suai dan temuduga.

1. wanita muslimah berumur antara 17-30 thn.
2. memiliki wajah yang photogenik
3. Pandai bergaya, berketerampilan menarik
4. berdisiplin dan boleh bekerjasama
5. berada di area kuala lumpur dan lembah kelang

Keutamaan diberikan kepada anda yang sudah mempunyai pengalaman sebagai model sambilan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami di :

FB : Precious Moment

Pencarian Model Muslimah 3

Assalamualaikum

Kami mencari part time model untuk photoshot outdoor dan indoor produk pakaian MUSLIMAH kami seterusnya dijadikan muka tetap di website, ig dan fb pages kami… Masa photoshoot hari minggu sahaja.

Ciri2
-fotogenik
-pandai bergaya
-tinggi 160cm dan keatas
-berat bawah 60kg(mengikut ketinggian)
-boleh bagi komitmen
-digalakkan new fresh look.
-boleh memakai hijab dengan pelbagai gaya
-aktif dan sopan
-Pandai bersolek -Ada transport sendiri untuk ke sesi photoshoot

Berminat?
Blh whatsapp biodata dan juga gambar dgn posing yang menarik.
Whatsapp 0179830XXX
komen tak dilayan yer..
terus whatsapp or wechat or telegram pun boleh
Thanks


Galeri Tenaga Pengajar Kelas Model Muslimah

modelling class muslimah

class catwalk selangor kuala lumpur

kelas model muslimah murah selangor kuala lumpur shah alam

modelling class in big size

 




 

Hala tuju model Muslimah

Ramai yang ingin bergelar peragawati atau model, namun tidak semua mempunyai bakat atau menepati syarat-syarat bentuk badan, ketinggian dan berat badan yang ideal sebagai seorang model versatil.

Pun begitu, peluang bergelar model tidak hanya terikat pada model peragaan pentas fesyen sahaja, yang disifatkan mempunyai kriteria lebih ketat.

Sebaliknya, peluang sebagai model iklan, model majalah serta model Muslimah, turut memberi ruang buat golongan wanita untuk menyerlah dalam kerjaya berkenaan.

Kebanjiran pereka fesyen dan jenama Muslimah bukan sahaja berlaku di negara ini malah pada peringkat antarabangsa, yang sedikit sebanyak memberi peluang kepada golongan wanita berhijab menonjolkan diri.

Biarpun fenomena itu baharu sahaja bertapak dalam industri fesyen, dapat dilihat kemunculan model Muslimah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Syarat-syarat seperti ketinggian badan minimum 176 sentimeter bukan lagi ukuran untuk bergelar model.

Pun begitu, sejauh manakah model Muslimah di negara ini mampu untuk terus menempatkan diri dalam dunia peragaan di pentas-pentas peragaan fesyen yang besar dan berprestij.

Ini memandangkan model tempatan tidak berhijab serta model antarabangsa lebih memenuhi kriteria pihak penganjur walaupun ketika menggayakan busana Muslimah yang memerlukan pemakaian hijab.

Model popular yang telah bergiat dalam dunia peragaan sejak lebih tujuh tahun lalu, Engku Sulwani Engku Ismail, 27, menyifatkan penerimaan model berhijab dalam dunia fesyen semakin luas terbuka sama ada dalam mahu pun luar negara.

Menurut model berasal dari Kelantan itu, model Muslimah tidak perlu terlalu memikirkan ketidaksempurnaan fizikal, sebaliknya percaya pada kemampuan diri serta bijak merebut peluang mampu membawa seseorang model itu pada peringkat yang lebih tinggi.

Tambahnya, kehadiran model Muslimah sebagai memeriahkan dunia fesyen, namun mereka perlu mengetahui batas-batas agama agar tidak tampil keterlaluan, selain perlu menjaga batas pergaulan kerana tindakan itu melambangkan imej wanita Islam.

“Model Muslimah tidak seperti dahulu lagi kerana mereka sudah diterima oleh masyarakat, malah penampilan yang cantik mampu mempengaruhi golongan wanita lain untuk sama-sama bijak dalam menggayakan sesuatu pakaian. Ini merupakan perubahan yang positif buat wanita.

“Selain itu, model Muslimah juga perlu bersaing secara sihat dengan model-model tidak berhijab. Gaya, personaliti dan perwatakan diri amat penting bagi membezakan anda dengan model lain agar anda lebih mudah bersinar,” katanya yang juga salah seorang tenaga pengajar untuk kelas latihan peragawati serta speaker motivasi di sebuah institut pengajian tinggi (IPT).

Engku Sulwani tidak menolak kemungkinan model Muslimah di negara ini mampu bersinar di pentas antarabangsa dengan mengambil contoh model berhijab terkenal kelahiran Kenya, Halima Aden yang mengikat kontrak bersama agensi peragaan terbesar dunia, IMG Worldwide.

Katanya, apa yang penting model berhijab perlu menyerlahkan diri mereka dalam bidang yang diceburi.

Dia yang gemar mengadakan kolaborasi bersama pelbagai jenama dan agensi peragaan untuk mengadakan penggambaran di luar negara antaranya di Britain, Perancis, Korea, Belgium dan Jepun, mengakui, model berhijab merupakan ‘duta’ yang memperkenal imej sopan kepada masyarakat bukan Islam.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata, Sharifah Husna Syed Mustaffa, 30, memilih untuk bergelar model Muslimah sepenuh masa kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pemilik butik.

Akuinya, bergelar model Muslimah membawa tanggungjawab besar, yang bukan sekadar memperaga busana, malah perlu menjaga penampilan dan menunjukkan imej yang baik kepada masyarakat.

Dia tidak menafikan, bukan semua model Muslimah mempunyai pengalaman beraksi di pentas peragaan besar memandangkan kebanyakan mereka tidak mempunyai kriteria yang diinginkan oleh penganjur.

Namun jelas Sharifah Husna, mereka perlu berusaha untuk menempatkan diri dalam arena itu sebagai satu ruang untuk mencabar potensi diri.

“Sebagai seorang model, kita perlu mengikut aliran masa dari segi teknik peragaan dan cara kita mengayakan pakaian.

“Kita perlu bekerja secara profesional dan paling penting menjaga disiplin terutama dalam hal menepati masa,” ujarnya yang yakin model Muslimah akan terus relevan dalam dunia peragaan.

Bijak rebut peluang

Masa depan model Muslimah masih cerah jika model bijak merebut peluang, tidak hanya mengharapkan pada penyertaan di pentas peragaan prestij dan antarabangsa sahaja.

Presiden Bumiputra Designers Associations (BDA), Mahani Awang berkata, cukup dengan cuba menempatkan dengan jenama-jenama fesyen popular antarabangsa tidak kira untuk kelas pertengahan mahupun jalanan, memandangkan syarikat-syarikat terbabit ketika ini turut menumpukan koleksi pakaian sopan.

“Jika mengikut kriteria model antarabangsa memang sangat ketat ciri-ciri yang dikehendaki dengan saiz yang ditetapkan. Sebab itu jika kita lihat, untuk pentas peragaan besar mereka menggunakan model yang menepati ciri-ciri berkenaan sekalipun untuk busana Muslimah, kerana itu strategi pemasaran.

“Model Muslimah pula kita boleh lihat hanya mewakili jenama-jenama butik tertentu, namun itu bukan halangan untuk mereka menempa nama di pentas peragaan satu masa nanti,” jelasnya yang menyifatkan kebanjiran model Muslimah memberi gambaran fesyen Islam semakin diterima masyarakat antarabangsa.

Sumber : Utusan Malaysia

Bantu gadis kejar impian

SEJAK kebelakangan ini, kerjaya sebagai model Muslimah menjadi pilihan gadis-gadis muda bersandarkan penerimaan terhadap model berhijab dalam dunia fesyen tempatan.

Jika dahulu kerjaya tersebut terikat pada model peragaan pentas yang menetapkan kriteria agak ketat, namun hari ini wanita berhijab juga berpeluang menyerlahkan bakat dalam kerjaya tersebut dengan kebanjiran jenama Muslimah yang memerlukan khidmat mereka.

Walaupun ada segelintirnya dilihat mudah mendapat peluang, namun ada juga yang berusaha mendapat tempat sehingga tidak sedar diri dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Disebabkan terlalu obses mengejar impian bergelar model, mereka mudah diperdaya oleh agensi model palsu yang menjanjikan kerjaya dan lebih menyedihkan, wang pendahuluan yang dibayar atas tujuan dokumentasi turut ‘hilang’ begitu saja.

Bahkan, ada juga yang meminta mereka menghantar gambar tidak senonoh atas alasan keperluan memenuhi portfolio sebagai model bagi mendapatkan tawaran kerja.

Berbekalkan pengalaman selama lapan tahun dalam dunia peragaan fesyen Muslimah, Farah Najwa Zulkifly, 31, melihat situasi tersebut boleh menjatuhkan imej wanita Islam. Dia merasa bertanggungjawab untuk membantu golongan itu mencapai impian melalui saluran yang betul.

“Isu ditipu agensi model sudah lumrah dalam dunia peragaan. Lazimnya, individu-individu yang menyamar ini lebih gemar mencari mangsa daripada golongan muda yang dilihat begitu obses mahu bergelar model.

“Manis berbicara dan menawarkan pelbagai keistimewaan dan kemudahan antara penyebab yang mendorong model-model baharu menerima perjanjian tanpa berfikir panjang atau menyelidik latar belakang syarikat.

“Gara-gara mahu menjadi seorang model, ada gadis berhijab yang sanggup mengirim gambar seksi selepas diperdaya oleh individu yang menyamar memiliki agensi model. Lebih teruk, mereka juga diugut untuk menyebarkan gambar yang diberi,” katanya ketika ditemui dalam sesi fotografi di studio Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Mengasaskan agensi model Muslimah, Muslima Model Talent Agency sejak dua tahun lalu, wanita yang mesra disapa sebagai Ara itu mengakui, perkara berkenaan antara isu yang ditekankan melalui agensinya selain memberi panduan bagaimana membawa diri sebagai model Muslimah sepanjang bekerja.

Jelasnya, model perlu mengetahui hak-hak mereka seperti menutup aurat dengan betul, menjaga waktu solat ketika acara peragaan, menjaga batas-batas pergaulan, dan solekan yang sederhana.

Tambahnya, bengkel yang dianjurkan agensinya turut memberi pengalaman baharu dengan mengajar asas penggunaan solekan, merapikan wajah, tata rias dan penampilan agar bersesuaian dengan imej dan konsep Muslimah.

Peserta juga berpeluang mempelajari asas menggayakan pakaian di hadapan jurugambar serta postur yang sesuai untuk sebarang penggambaran.

Mengimbas kemunculannya di dunia peragaan tempatan, Ara menyifatkan semuanya berlaku secara kebetulan selepas menyertai program realiti televisyen Gadis Melayu Musim Ke-3.

“Saya bermula pada 2011 yang mana ketika itu fesyen Muslimah hanya tertumpu kepada jenama-jenama besar. Waktu itu agak sukar untuk saya mendapat tempat kerana jenama fesyen Muslimah banyak mengambil model-model luar untuk memperagakan busana mereka.

“Meskipun ketika itu masih lagi belajar, saya berusaha menyertai pelbagai pencarian bakat dan menggilap sendiri bakat kerana ketika itu media sosial masih kurang popular membuatkan saya perlu mencari inisiatif sendiri.

“Syukurlah usaha saya berbaloi kerana ditawarkan menjadi ‘wajah’ Sendayu Tinggi untuk kedai penjagaan diri, kesihatan dan kosmetik, Watsons dan sejak itu saya mendapat pelbagai tawaran sebagai model Muslimah dan mula mengumpul pengalaman sebaik mungkin,” katanya yang berasal dari Raub, Pahang.

Memperlahankan kerjaya tersebut selepas berumah tangga pada 2014 kerana perlu mengikut suami berpindah ke Pulau Pinang, Ara mula diaju pertanyaan daripada kenalan bagaimana hendak menjadi model Muslimah.

Pertanyaan tersebut memberinya idea untuk menganjurkan bengkel perkongsian dan pengalaman.

Selepas beberapa kali menganjurkan bengkel, Ara mengambil keputusan untuk menubuhkan agensi model Muslimah. Sehingga kini, dia sudah melatih 400 wanita untuk mempersiapkan diri sebagai model.

Agensi tersebut boleh dilihat di Instagram @muslimamodel dan Facebook, Muslima Model and Talent.

Sumber : Utusan Malaysia


Baca Pesanan Jurugambar Ini Jika Anda Mahu Jadi Model

Aku cuma nak confess mengenai realiti zaman sekarang yang majoriti golongan wanita mahupun lelaki yang memasang impian nak jadi seorang model. Maaf kalau penulisan aku ni membuatkan sesetengah orang terasa hati. Ye la, ikut kata pepatah, siapa yang makan cili dia la yang terasa pedasnya.

Aku ni seorang fotografer yang berpengalaman dalam bidang ni bertahun lamanya. Macam-macam jenis orang yang aku jumpa, kalau nak bercakap pasal dunia fotografer ni mungkin aku perlu tulis untuk post seterusnya kot. Sekarang ni aku nak ketengahkan isu pelambakan orang yang rasa dirinya layak dipanggil “Model”.

Situasi pertama : Ada seorang wanita yang hantar gambar selfie. Lawa bak hang. Nak jadi model untuk satu produk baru oleh client aku. Waktu ni last minute punya kerja, terpaksa cari orang last min. Ok, aku terima dia jadi model aku untuk esok hari. Tunggu keesokkan, dia datang dan aku terkejut jugak la. Gambar selfie dia dengan luaran memang berbeza. Yang aku perasan dia punya perbezaan dari segi warna kulit dan wajah dia tu yang maybe sebab lighting, filter atau angle dia tangkap gambar. Silap aku yang terima secara membuta tuli gambar selfie dia ni. Apa yang terjadi lepas dia datang tu taknak la aku kongsi kat sini.

Situasi kedua : “Model” yang tak reti bermake-up. Bagi aku model ni kena reti segalanya sebab kau diberi bayaran kan. Jangan nak request harga mahal tapi kalau cuma reti selfie dan pose pun kekok, jangan perasan la diri tu model. Yang aku tengok orang tulis kat ig masing-masing, “Freelance model”, celah mana yang model tu? Jangan perasan diri tu model kalau sebenarnya kau bukannya model pun. Setakat reti posing pun, aku suruh mak aku pose pun boleh. Lagi satu, bukan makeup je kena pandai, korang kena kreatif, pandai dalam komunikasi dan pandai lilit shawl atau tudung jugak (bagi model muslimah)

Situasi ketiga : Mungkin aku jahat kot. Tapi, inilah realiti, aku kena cakap benda yang betul. Ramai yang berminat nak jadi model tapi masalahnya, muka tak cantik sangat atau muka bermasalah. Kena sedar diri tu macam mana, kalau setakat nak harapkan filter gambar dalam phone, memang semua orang nampak flawless dan cantik macam neelofa. Nak cantik kena usaha jugak, ada je dia ni muka tak lawa tapi bila usaha nak jaga muka & badan lama-lama dia cantik weh. Tengok kat cermin dulu sebelum request nak jadi model, anda dibayar jadi, kami pun nak bagi bayar setimpal apa yang diperoleh. Aku terima statement yang cakap “everyone is pretty” tapi, kadang-kadang kita kena sedar diri macam mana, kena cermin diri dan berusaha kalau nak dapat title tu.

Kalau betul-betul berminat nak jadi model, cuba korang buat research macam mana real model tu memang betul-betul gempak dari segi semua aspek? Sebab diorang banyak habiskan duit untuk jaga kecantikan diri dan daftarkan diri untuk belajar benda berkaitan modeling ni. Bagi aku, kalau korang nak claim diri tu model, korang kena tengok checklist bawah ni :

i. Banyak pengalaman dalam modeling. Korang dah join banyak photoshoot untuk tambah pengalaman dan biasakan diri dengan sesi photoshoot. Kalau tak biasa ber-fotoshoot ni, korang pandai-pandai la cari peluang ; mulakan dengan jadi model yang tak mintak bayaran, tambah portfolio / gambar untuk job akan datang.

ii. Pandai pose. Jangan nak tunggu orang suruh posing je sepanjang sesi shooting. Korang kena belajar pose, berlambak korang boleh belajar di internet.

iii. Pandai senyum. Nak senyum pun kena praktis sebab sesetengah orang tu dia senyum macam tengah marah. Praktis tengok kat cermin, imagine diri tu dalam gambar macam mana rupanya.

iv. Pandai berkomunikasi. Kau kena friendly dengan client, jangan nak harapkan client yang kena friendly dengan kau. Ni tak, kadang-kadang jumpa yang jenis pendiam takpun jenis yang sengih je nak keluarkan suara pun jarang. Nak jadi model pun kena bersikap professional sebab kita ni bagi servis pada golongan businessman untuk pose product / baju / shawl diorang.

v. Mahir bergaya dan bermake-up. Kadang-kadang client harapkan model yang makeup sendiri sebab nak cut cost la katakan. Tapi, model tak reti makeup pulak. Takpun, client harapkan model pakai baju yang bersesuaian sebab nak pose tudung je, tengok-tengok model datang dengan baju warna warni, mungkin gaya retro kot.

vi. Bukan setakat posing photoshoot. Korang kena belajar cat walk kat pentas jugak.

Bagi aku la. Nak jadi model ni kena banyak usaha. Bukan setakat muka cantik je lepas tu, pernah pergi sekali photoshoot dah perasan claim diri tu model. Lagi satu, kena sedar diri tu macam mana. Ni belum bagi gambar nak tunjuk muka diri tu macam mana dah tanya pasal payment. Dah la tak reti pose, diri banyak kekurangan tapi melebih-lebih pulak bab bayaran. Kalau free boleh berkira lagi.

Maaf la kalau aku tulis ni macam serius sangat kes ni hoho.. Korang yang teringin nak jadi model, usaha la lebih sikit. Lepas tu boleh la claim diri tu model k.

– Cendawan

Sumber : IIUM comfess

Facebook Comments